Garis masa syarikat Sumitomo Chemical

  • 1913: Sumitomo mula membangunkan sebuah kilang di Ehime untuk menghasilkan baja berasaskan sulfur dioksida yang didapati dari pelepasan peleburan tembaga.
  • 1915: Kilang baja mula beroperasi.
  • 1925: Sumitomo Fertilizer Manufacturing Co., Ltd. ditubuhkan untuk menguruskan operasi kilang di Ehime.
  • 1934: Sumitomo Fertilizer Manufacturing bertukar nama kepada Sumitomo Chemical Co., Ltd.
  • 1944: Sumitomo Chemical memperoleh Japan Dyestuff Manufacturing Company, serta memulakan perniagaan kimia tule di Osaka dan Oita.
  • 1949: Sumitomo Chemical mengambil alih perniagaan aluminum dari Sumitomo Aluminium Smelting Co., dan memulakan pengeluara aluminum terintegrasi dari aluminium.
  • 1958: Sumitomo Chemical memulakan perniagaan petrokimia di Ehime.
  • 1965: Makmal Penyelidikan Takatsuki dibangunkan, dan berfungsi sebagai pusat makmal bagi perusahaan. Sumitomo Chiba Chemical Co., Ltd. juga ditubuhkan untuk mengendalikan operasi perniagaan petrokimia di Chiba.
  • 1971: Pusat Penyelidikam Takarazuka ditubuhkan untuk memperkuatkan aktiviti penyelidikan dan pembamgunan dalam bidang farmasi dan kimia pertanian.
  • 1976: Perniagaan aluminum diserahkan ke Sumitomo Aluminium Smelting Co., Ltd. yang baru dibentuk
  • 1978: Kilang di Misawa dibuka untuk meningkatkan pengeluaran insektisid piretroid rumah tangga.
  • 1982: Indonesia Asahan Aluminium, sebuah projek kerja sama ekonomi Jepun-Indonesia, yang mana Sumitomo Chemical juga terlibat di dalamnya, memulakan aktiviti peleburan aluminum.
  • 1983: Sumitomo Chemical mengintegrasikan operasi petrokimia di Ehime ke Chiba.
  • 1984: Sumitomo Pharmaceuticals Co., Ltd. ditubuhkan dengan menggabungkan perniagaan farmasi dari Sumitomo Chemical dengan pembahagian farmasi dari Inabata & Co., Ltd.. Kompleks Petrokimia di Singapura, sebuah projek kerja sama ekonomi Jepun-Singapura, yang mana Sumitomo Chemical menjadi pemimpin, mula beroperasi.
  • 1988: Makmal Biokimia & Toksikologi, yang kemudian bertukar nama menjadi Makmal Sains Kesihatan Alam Sekitar, ditubuhkan di Osaka.
  • 1989: Makmal Penyelidikan Tsukuba ditubuhkan untuk meperluaskan penyelidikan dan penyelidikan pada bahan baru.
  • 1997: Petrochemical Corporation of Singapore (Pte.) Ltd., ahli gabungan Sumitomo Chemical di Singapura, mula mengendalikam perengkah etilen baru pada April sebagai bahagian dari projek pengembangan fasa kedua, menjadikan jumlah kapasiti pengeluaran etilennya menjadi satu juta tan per tahun, dan menjadikannya kompleks petrokimia terbesar di Asia Timur, dengan memiliki sejumlah unit hilir.
  • 1998: Kilang untuk menghasilkan asid akrilik dan turunannya, seperti resin kaca akrilik, yang dibangunka melalui kerja sama antara Sumitomo Chemical dan sejumlah syarikat Jepun yang lain, telah dibangunkan pada Oktober.
  • 2000: Sumitomo Chemical menubuhkan Makmal Sains Genomika, yang dikendalikan bersama dengan Sumitomo Pharmaceuticals.
  • 2001: Sumitomo Chemical memperoleh perniagaan pengeluaran insektisid rumah tangga milik Aventis Crop Science. Sumitomo Chemical juga mulai berkembang ke sektor kimia yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
  • 2002: Sumitomo Chemical Takeda Agro Co., Ltd., syarikat usahasama antara Sumitomo Chemical dengan Takeda Chemical Industries, Ltd., mengambil alih perniagaan agrokimia Takeda Chemical dan mula beroperasi.
  • 2003: Anak syarikat Sumitomo Chemical, Dongwoo STI Co., Ltd. mengendalikan kilang penyaringan warna TFT-LCD berskala besar di Korea. Sumitomo Chemical juga membuka kilang filem polarisasi LCD di Korea.
  • 2004: Sumitomo Chemical membuka kilang filem polarisasi LCD di Taiwan.
  • 2005: Sumitomo Chemical menubuhkan sebuah syarikat usahasama bernama Rabigh Refining and Petrochemical Company (Petro Rabigh) bersama Saudi Aramco. Sumitomo Pharmaceuticals dan Dainippon Pharmaceuticals kemudian bergabung untuk membentuk Dainippon Sumitomo Pharma.
  • 2007: Sumitomo Chemical memperoleh Cambridge Display Technology dari England, yang merupakan pelopor dalam pengembangan LED organik polimer dan peranti berkaitan.[4]
  • 2009: Kompleks petrokimia dan penyucian terintegrasi milik Petro Rabigh mula beroperasi.
  • 2010: Sumitomo Chemical memperoleh pengeluar agrokimia India, New Chemi Industries Ltd dengan tujuan untuk mengembangkan produk perlindungan tanamannya di India.
  • 2016: Sumitomo Chemicals memperoleh majoriti saham Excel Crop Care, pengeluar agrokimia Mumbai.
  • 2017: Sumitomo Chemical memperoleh 82,9 % saham Botanical Resources Australia Group.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Sumitomo Chemical http://indexes.nikkei.co.jp/en/nkave/index/compone... http://www.sumitomo-chem.co.jp/english http://www.sumitomo-chem.co.jp/english/ http://www.sumitomo-chem.co.jp/english/company/abo... http://www.sumitomo-chem.co.jp/kaseihin/english/in... http://www2.tse.or.jp/tseHpFront/StockSearch.do?ca... https://www.bloomberg.com/profiles/companies/4005:... https://www.eetimes.com/document.asp?doc_id=116672... https://agrow.agribusinessintelligence.informa.com... https://www.sumitomo-chem.co.jp/english/newsreleas...